Akta Kredit Pengguna 2025 · Updated to 31 Dec 2025 · Bahagian VIII · Pemeriksaan dan Penyiasatan
98. Halangan terhadap pelaksanaan kuasa oleh pegawai penyiasat
Feedback & supportTiada seorang pun boleh—
enggan memberi kepada mana-mana pegawai penyiasat yang menjalankan kuasanya di bawah Penggal ini—
akses kepada mana-mana premis atau mana-mana bahagian premis itu; atau
apa-apa maklumat yang semunasabahnya boleh dikehendaki daripadanya dan yang dia berkuasa untuk memberikannya;
menyerang, menghalang, mengganggu atau melengah-lengahkan mana-mana pegawai penyiasat dalam melaksanakan kuasanya di bawah Penggal ini;
tidak—
mematuhi apa-apa tuntutan yang sah oleh mana-mana pegawai penyiasat dalam menjalankan kuasanya di bawah Penggal ini;
membenarkan dirinya diperiksa; atau
mengemukakan kepada, atau menyembunyikan atau cuba menyembunyikan daripada, seorang pegawai penyiasat apa-apa dokumen, cagaran yang dipegang berkenaan dengan transaksi
Kredit Pengguna 97
pengguna kredit, hakmilik, wang tunai, barangan, benda, harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, program, maklumat atau artikel yang pegawai penyiasat itu menghendaki;
mendapatkan balik atau berusaha untuk mendapatkan balik apa-apa benda yang telah disita dengan sewajarnya;
memberikan kepada seorang pegawai penyiasat maklumat sebagai benar, yang dia tahu atau mempunyai sebab bagi mempercayai adalah palsu, mengelirukan, tidak tepat atau tidak lengkap; atau
sebelum atau selepas apa-apa penyitaan, memecah atau selainnya memusnahkan apa-apa benda untuk menghalang penyitaan itu, atau melindungi benda itu.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.