Akta Kredit Pengguna 2025 · Updated to 31 Dec 2025 · Bahagian VIII · Pemeriksaan dan Penyiasatan
97. Pemeriksaan atas orang
Feedback & supportSeorang pegawai penyiasat boleh memeriksa mana-mana orang yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai ada dalam milikannya, termasuk pada dirinya, apa-apa dokumen, cagaran yang dipegang berkenaan dengan transaksi pengguna kredit, hakmilik, wang tunai, barangan, benda, harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, program, maklumat, atau artikel yang perlu, pada pendapatnya, bagi maksud penyiasatan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini.
Bagi maksud suatu pemeriksaan atas seseorang di bawah subseksyen (1) atau seksyen 92 atau 94, seorang pegawai penyiasat boleh, tertakluk kepada peruntukan Kanun Tatacara Jenayah, menahan orang itu sebagaimana yang perlu untuk menjalankan pemeriksaan, dan boleh memindahkannya ke dalam jagaan di mana-mana tempat sebagaimana yang perlu untuk memudahkan pemeriksaan itu.
Seorang pegawai penyiasat yang melakukan suatu pemeriksaan atas seseorang di bawah subseksyen (1) boleh menyita, menahan atau mengambil milik apa-apa dokumen, cagaran yang dipegang berkenaan dengan transaksi pengguna kredit, hakmilik, wang tunai, barangan, benda, harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, program, maklumat atau artikel, yang dijumpai pada diri orang itu bagi maksud penyiasatan yang sedang dijalankan olehnya.
Undang-Undang Malaysia 96
Apa-apa pemeriksaan atas seseorang yang dijalankan di bawah Bahagian ini hendaklah menurut peruntukan dalam
Kanun Tatacara Jenayah.
Tiada seorang pun boleh diperiksa kecuali oleh seorang yang sama jantinanya dengan orang yang diperiksa, dan pemeriksaan itu hendaklah dijalankan dengan penuh kesopanan.
Bagi maksud suatu pemeriksaan yang dijalankan di bawah seksyen ini oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, jika pegawai penyiasat ialah seorang pegawai polis, pegawai polis itu hendaklah seorang pegawai kanan polis.