Akta Kredit Pengguna 2025 · Updated to 31 Dec 2025 · Bahagian X · Peruntukan Am
122. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
Feedback & supportPeraturan-peraturan boleh dibuat sebagaimana yang perlu atau suai manfaat untuk melaksanakan maksud atau peruntukan
Akta ini termasuk apa-apa perkara tambahan, sampingan atau berbangkit berhubungan dengan Akta ini.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat untuk menetapkan—
kawalan oleh suatu Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan
Penyeliaan melalui penyeliaan, pengawalseliaan, sekatan, larangan atau bagaimana jua pun selainnya, berkenaan dengan pemberian kredit, perniagaan kredit dan perniagaan perkhidmatan kredit itu;
Kredit Pengguna 125
mengenai perkara Shariah—
berkenaan dengan penjalanan apa-apa perniagaan kredit Islam, hal ehwal atau aktiviti oleh suatu pemberi kredit Islam yang menghendaki penentuan
Hukum Syarak oleh Majlis Penasihat Shariah;
dan
untuk memberi kesan kepada nasihat atau keputusan
Majlis Penasihat Shariah;
perkara berikut yang tidak menghendaki penentuan
Hukum Syarak:
tadbir urus Shariah termasuk—
fungsi, kuasa dan kewajipan lembaga pengarah, pekongsi dan pengurusan kanan suatu pemberi kredit Islam berhubung dengan pematuhan Shariah;
fungsi pematuhan Shariah dalaman; dan
pelantikan seseorang untuk menasihati suatu pemberi kredit Islam dalam memastikan perniagaan kredit Islamnya, hal ehwalnya dan aktivitinya mematuhi Shariah;
pelantikan seseorang yang bebas untuk menjalankan suatu audit pematuhan Shariah oleh pemberi kredit Islam itu; dan
apa-apa perkara lain berhubung dengan perniagaan kredit Islam, hal ehwal dan aktiviti suatu pemberi kredit Islam bagi maksud pematuhan Shariah;
perkara pelakuan perniagaan dan perlindungan pengguna kredit termasuk perkara yang dinyatakan dalam seksyen 85;
borang atau cara berkenaan dengan apa-apa perkara di bawah Akta ini;
Undang-Undang Malaysia 126
apa-apa fi kena dibayar berkenaan dengan apa-apa perkara di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini, termasuk untuk amaun dan cara pembayaran fi itu; dan
apa-apa perkara lain yang dikehendaki oleh Akta ini untuk ditetapkan.
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini boleh menetapkan bahawa suatu perbuatan atau peninggalan yang melanggar peraturan-peraturan itu menjadi suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti suatu denda tidak melebihi lima juta ringgit atau pemenjaraan bagi suatu tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan (2)(b)
hendaklah mengikut nasihat atau keputusan Majlis Penasihat
Shariah.
Walau apa pun subseksyen (3), mana-mana pemberi kredit
Islam yang tidak mematuhi peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan (2)(b) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya.
Bagi maksud seksyen ini, orang yang berikut boleh membuat peraturan-peraturan di bawah seksyen ini:
Menteri, atas syor Suruhanjaya berkenaan dengan suatu perniagaan kredit atau perniagaan perkhidmatan kredit yang dijalankan oleh seseorang yang dikawal selia oleh
Suruhanjaya dan apa-apa perkara lain yang dinyatakan dalam Akta ini;
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup berkenaan dengan suatu perniagaan kredit atau perniagaan perkhidmatan kredit yang dijalankan oleh seseorang yang dikawal selia oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup;
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkenaan dengan suatu perniagaan kredit yang dijalankan oleh seseorang yang dikawal selia oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan;
Kredit Pengguna 127
Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pembangunan koperasi berkenaan dengan suatu perniagaan kredit yang dijalankan oleh suatu koperasi yang didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993;
Menteri, atas syor Bank Negara Malaysia, berkenaan dengan suatu perniagaan kredit yang dijalankan oleh—
seseorang yang diberi kuasa di bawah
Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau
Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013; dan
sesuatu institusi kewangan pembangunan yang ditetapkan di bawah Akta Institusi Kewangan
Pembangunan 2002; dan
Menteri, atas syor Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, berkenaan dengan suatu perniagaan kredit atau perniagaan perkhidmatan kredit yang dijalankan oleh orang yang dilesenkan, didaftarkan atau diiktiraf di bawah
Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh berhubung dengan semua atau mana-mana kelas, kategori atau perihalan orang, dan peruntukan berlainan bagi kelas, kategori atau perihalan orang yang berlainan.