Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2025Read it in English

Bahagian X · Peruntukan Am

130. Perlindungan daripada guaman dan prosiding undang-undang

Feedback & support
(1)

Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh dibawa, dimulakan, atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah atau di hadapan mana-mana pihak berkuasa lain terhadap—

(a)

Menteri;

(b)

Suruhanjaya, Pengerusi Eksekutif, Timbalan Pengerusi

Eksekutif, mana-mana anggota Lembaga yang lain dan mana-mana pegawai atau pekerja yang sedang atau pernah diambil bekerja oleh Suruhanjaya;

(c)

suatu Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan dan mana-mana pengarah, pegawai atau pekerja yang sedang atau pernah diambil bekerja oleh Pihak Berkuasa

Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu;

(d)

Jawatankuasa Penasihat dan mana-mana orang yang sedang atau pernah menjadi seorang anggota Jawatankuasa

Penasihat;

(e)

mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Suruhanjaya atau suatu Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan;

(f)

mana-mana orang yang sedang atau pernah menjadi seorang anggota jawatankuasa yang ditubuhkan oleh

Suruhanjaya atau suatu Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan; dan

(g)

mana-mana orang yang sedang atau pernah diguna khidmat atau dilantik oleh Suruhanjaya atau suatu Pihak Berkuasa

Pengawalseliaan dan Penyeliaan untuk memberikan apa-apa perkhidmatan atau bantuan kepadanya sebagaimana yang dikehendaki atau ditentukan berkaitan dengan pelaksanaan fungsi Suruhanjaya atau Pihak Berkuasa

Pengawalseliaan dan Penyeliaan, disebabkan oleh atau berkenaan dengan apa-apa perbuatan, kecuaian atau keingkaran yang dilakukan atau ditinggalkan olehnya semasa melaksanakan fungsinya, menjalankan kuasanya dan menunaikan kewajipannya di bawah Akta ini melainkan jika boleh dibuktikan bahawa perbuatan, kecuaian atau keingkaran itu telah dilakukan atau ditinggalkan dengan niat jahat dan tanpa sebab yang munasabah.

Undang-Undang Malaysia 134

(2)

Bagi maksud seksyen ini, “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan, Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup, Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pembangunan koperasi dan Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perumahan dan kerajaan tempatan.

Report