Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2025Read it in English

Bahagian X · Peruntukan Am

124. Peruntukan yang berhubungan dengan kelulusan, keizinan, standard atau garis panduan, penentuan, notis, kehendak atau arahan

Feedback & support
(1)

Melainkan jika diperuntukkan selainnya dengan jelas, apa-apa kelulusan atau keizinan yang diberi, atau apa-apa standard atau garis panduan, penentuan, notis, kehendak atau arahan yang ditentukan atau dikeluarkan, di bawah Akta ini—

(a)

boleh dibuat sama ada secara am atau khusus;

(b)

boleh dipinda, diubah, diketepikan atau dibatalkan oleh

Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan yang menentukannya, mengeluarkannya atau memberinya; atau

(c)

hendaklah dikeluarkan atau disampaikan mengikut cara sebagaimana yang difikirkan wajar oleh Pihak Berkuasa

Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu dan adalah sah bagi semua maksud.

(2)

Apa-apa kelulusan atau keizinan di bawah subseksyen (1)

boleh menjadi—

(a)

mutlak atau bersyarat; atau

(b)

terhad supaya habis tempoh pada suatu tarikh yang ditentukan, melainkan jika diperbaharui.

Undang-Undang Malaysia 130

Report