Akta Kredit Pengguna 2025 · Updated to 31 Dec 2025 · Bahagian X · Peruntukan Am
135. Peralihan
Feedback & support(1)
Mana-mana orang yang, pada tarikh yang ditetapkan di bawah subseksyen 1(2), sedang menjalankan suatu perniagaan kredit atau perniagaan perkhidmatan kredit yang baginya kehendak lesen atau pendaftaran di bawah Akta ini terpakai hendaklah, dalam tempoh enam bulan dari tarikh itu, memohon untuk mendapatkan suatu lesen atau pendaftaran di bawah Akta ini.
(2)
Sementara menunggu keputusan atas suatu permohonan daripada orang yang disebut di bawah subseksyen (1), orang itu boleh terus menjalankan perniagaan itu tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Undang-Undang Malaysia 138