Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2025Read it in English

Bahagian X · Peruntukan Am

132. Obligasi kerahsiaan

Feedback & support
(1)

Tertakluk kepada seksyen 124 Akta Keterangan 1950, tiada mana-mana orang yang ditentukan dalam subseksyen (2) boleh mendedahkan maklumat yang diperolehnya semasa melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah Akta ini dan yang tidak disiarkan mengikut Akta ini, kecuali—

(a)

jika penzahiran itu dibenarkan di bawah suatu peruntukan

Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain, atau secara bertulis oleh Suruhanjaya atau suatu

Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan, mengikut mana-mana yang berkenaan;

(b)

dalam membantu mana-mana orang yang ditentukan dalam subseksyen (2) bagi maksud Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain; atau

(c)

dalam mana-mana prosiding jenayah atau sivil oleh atau terhadap Suruhanjaya atau suatu Pihak Berkuasa

Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu.

(2)

Subseksyen (1) hendaklah terpakai bagi orang yang berikut, sama ada semasa atau selepas tempoh memegang jawatan atau pekerjaannya:

(a)

seorang anggota Lembaga atau Jawatankuasa Lembaga;

(b)

seorang anggota Jawatankuasa Penasihat;

(c)

seorang anggota mana-mana jawatankuasa Suruhanjaya;

Undang-Undang Malaysia 136

(d)

seorang pegawai atau ejen Suruhanjaya atau suatu

Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan; atau

(e)

seseorang yang menghadiri mana-mana mesyuarat Lembaga,

Jawatankuasa Penasihat atau mana-mana jawatankuasa

Suruhanjaya.

(3)

Jawatankuasa Penasihat, Suruhanjaya dan suatu Pihak

Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan, mengikut mana-mana yang berkenaan, tidak boleh diperintahkan untuk menzahirkan apa-apa dokumen kepada mahkamah di bawah Aturan 24

Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 [P.U.

(A)

205/2012] dalam suatu prosiding tindakan sivil yang diambil oleh Suruhanjaya atau Pihak

Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu, jika Jawatankuasa

Penasihat, Suruhanjaya dan Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan

Penyeliaan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, berpendapat bahawa penzahiran itu mungkin menghalang keupayaannya untuk melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya atau kepentingan awam akan terjejas.

(4)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya.

Report