Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2025Read it in English

Bahagian X · Peruntukan Am

131. Peluang untuk membuat representasi bertulis

Feedback & support
(1)

Jika—

(a)

Pendaftar atau Suruhanjaya bercadang untuk mengambil apa-apa tindakan terhadap suatu pemberi kredit berlesen dengan membatalkan atau menggantungkan lesennya di bawah seksyen 50;

(b)

Suruhanjaya bercadang untuk mengambil apa-apa tindakan terhadap suatu pemberi perkhidmatan kredit berdaftar dengan membatalkan pendaftarannya atau menggantung pendaftarannya di bawah seksyen 67;

(c)

Pendaftar atau Suruhanjaya bercadang untuk mengarahkan suatu pemberi kredit berlesen atau pemberi perkhidmatan kredit berdaftar supaya memecat pengarahnya, pekongsinya atau pengurusan kanannya di bawah subseksyen 46(6)

atau subseksyen 63(6); atau

(d)

Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan bercadang untuk mengambil apa-apa tindakan terhadap mana-mana orang di bawah subseksyen 106(3),

Pendaftar, Suruhanjaya atau Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan

Penyeliaan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah memberi orang itu suatu peluang untuk membuat representasi bertulis sebelum apa-apa keputusan dibuat.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1) dan kecuali bagi perenggan (1)(d), Pendaftar, Suruhanjaya atau Pihak Berkuasa

Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu boleh—

(a)

mengambil tindakan itu atau memberikan arahan itu terlebih dahulu dan peluang untuk membuat representasi secara bertulis hendaklah diberikan serta-merta selepas tindakan itu

Kredit Pengguna 135

telah diambil atau arahan itu telah diberikan jika apa-apa kelengahan dalam mengambil tindakan itu atau memberikan arahan itu akan memudaratkan kepentingan mana-mana pemberi kredit, pemberi perkhidmatan kredit, pengguna kredit, industri kredit pengguna atau orang awam secara amnya; dan

(b)

mengesahkan, meminda atau membatalkan pelaksanaan tindakan yang diambil atau arahan yang diberikan di bawah perenggan (a) berbangkit daripada representasi secara bertulis yang dibuat di bawah perenggan itu.

Report