Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2025Read it in English

Bahagian X · Peruntukan Am

125. Kuasa Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan untuk mengeluarkan panduan

Feedback & support

Suatu Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan boleh mengeluarkan panduan secara bertulis kepada mana-mana orang atau kepada mana-mana kelas, kategori atau perihalan orang yang dikawal selia oleh Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan

Penyeliaan itu yang terdiri daripada apa-apa maklumat, nasihat atau syor yang difikirkannya patut—

(a)

berkenaan dengan peruntukan Akta ini;

(b)

bagi menjalankan atau mencapai maksud Akta ini; atau

(c)

berkenaan dengan apa-apa perkara lain yang, pada pendapat

Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan, perlu untuk memberikan maklumat, nasihat atau syor.

Report