Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2025Read it in English

Bahagian X · Peruntukan Am

123. Kuasa untuk menentukan standard atau garis panduan

Feedback & support
(1)

Standard atau garis panduan boleh ditentukan sebagaimana yang perlu atau suai manfaat untuk melaksanakan maksud atau peruntukan Akta ini termasuk apa-apa perkara tambahan, sampingan atau berbangkit berhubung dengan Akta ini.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), standard atau garis panduan boleh ditentukan mengenai—

(a)

perkara Shariah—

(i)

berkenaan dengan penjalanan apa-apa perniagaan kredit Islam, hal ehwal atau aktiviti oleh suatu pemberi kredit Islam yang menghendaki penentuan

Hukum Syarak oleh Majlis Penasihat Shariah;

dan

(ii)

untuk memberi kesan kepada nasihat atau keputusan

Majlis Penasihat Shariah;

Undang-Undang Malaysia 128

(b)

perkara berikut yang tidak menghendaki penentuan

Hukum Syarak:

(i)

tadbir urus Shariah termasuk—

(A)

fungsi, kuasa dan kewajipan lembaga pengarah, pekongsi dan pengurusan kanan suatu pemberi kredit Islam berhubung dengan pematuhan Shariah;

(B)

fungsi pematuhan Shariah dalaman; dan

(C)

pelantikan seseorang untuk menasihati suatu pemberi kredit Islam dalam memastikan perniagaan kredit Islamnya, hal ehwalnya dan aktivitinya mematuhi Shariah;

(ii)

pelantikan seseorang yang bebas untuk menjalankan suatu audit pematuhan Shariah oleh pemberi kredit Islam itu; dan

(iii)

apa-apa perkara lain berhubung dengan perniagaan kredit Islam, hal ehwal dan aktiviti suatu pemberi kredit Islam bagi maksud pematuhan

Shariah;

(c)

perkara pelakuan perniagaan dan perlindungan pengguna kredit termasuk perkara yang dinyatakan dalam seksyen 85; dan

(d)

borang atau cara berkenaan dengan apa-apa perkara di bawah Akta ini.

(3)

Standard atau garis panduan yang dibuat di bawah perenggan (2)(a) hendaklah mengikut nasihat atau keputusan

Majlis Penasihat Shariah.

(4)

Bagi maksud subseksyen (1), orang yang berikut boleh menentukan standard atau garis panduan itu:

(a)

suatu Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan berkenaan dengan suatu pemberi kredit atau pemberi perkhidmatan kredit yang dikawal selia oleh

Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu

Kredit Pengguna 129

di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang ditadbir oleh Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan;

atau

(b)

Suruhanjaya berkenaan dengan semua perkara yang berhubungan dengan kredit pengguna sebagaimana yang dinyatakan di bawah Akta ini.

(5)

Standard atau garis panduan yang ditentukan di bawah seksyen ini boleh berhubung dengan semua atau mana-mana kelas, kategori atau perihalan orang, dan peruntukan berlainan bagi kelas, kategori atau perihalan orang yang berlainan.

Report