Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2025Read it in English

Bahagian X · Peruntukan Am

129. Kuasa untuk menghendaki pengemukaan dokumen atau maklumat

Feedback & support
(1)

Suatu Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan boleh, melalui notis secara bertulis, menghendaki mana-mana orang untuk mengemukakan kepada Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan apa-apa dokumen, maklumat atau data statistik sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan dalam notis itu, bagi maksud pelaksanaan mana-mana fungsinya atau penjalanan mana-mana kuasanya di bawah Akta ini.

(2)

Seseorang itu hendaklah mengemukakan dokumen, maklumat atau data itu kepada suatu Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan jika seseorang itu dikehendaki untuk berbuat sedemikian—

(a)

di bawah Akta ini; atau

(b)

oleh Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan di bawah subseksyen (1).

Undang-Undang Malaysia 132

(3)

Mana-mana orang yang dikehendaki untuk mengemukakan apa-apa dokumen, maklumat atau data di bawah Akta ini tidak boleh mengemukakan apa-apa dokumen, maklumat atau data—

(a)

yang dia mengetahui, atau mempunyai sebab untuk mempercayai, adalah palsu atau mengelirukan dalam suatu butir-butir material; atau

(b)

yang tidak tepat atau tidak lengkap berkenaan dengan suatu kesilapan atau ketinggalan material, atau apa-apa kesilapan atau ketinggalan berulang.

(4)

Suatu Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan boleh menghendaki—

(a)

apa-apa dokumen, maklumat atau data yang dikehendaki untuk dikemukakan di bawah Akta ini dikemukakan dalam suatu tempoh, pada apa-apa lat tempoh, dalam bentuk dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh

Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu;

(b)

apa-apa dokumen, maklumat atau data yang dikemukakan di bawah Akta ini ditentusahkan dengan apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa

Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu; atau

(c)

apa-apa dokumen yang dikeluarkan untuk diperakui sebagai suatu salinan sah.

(5)

Mana-mana orang yang mematuhi seksyen ini hendaklah tidak dikira sebagai memungkiri mana-mana kontrak, perjanjian atau perkiraan.

(6)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(7)

Mana-mana orang yang melanggar perenggan (3)(a)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Kredit Pengguna 133

Report