Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2025Read it in English

Bahagian X · Peruntukan Am

127. Kuasa untuk mengecualikan

Feedback & support
(1)

Menteri boleh, atas syor Suruhanjaya, melalui suatu perintah yang disiarkan dalam Warta, tertakluk kepada apa-apa syarat atau sekatan yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk dikenakan, mengecualikan mana-mana orang atau mana-mana kelas orang, daripada mana-mana atau semua peruntukan Akta ini.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), Menteri hendaklah berunding dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup,

Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pembangunan koperasi atau Menteri Perumahan dan Kerajaan

Tempatan, sekiranya pengecualian itu melibatkan perkara yang dikawal selia oleh Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan masing-masing, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Report