Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2025Read it in English

Bahagian X · Peruntukan Am

126. Kuasa Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan untuk menyiarkan maklumat

Feedback & support

Suatu Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan boleh, jika difikirkannya perlu, menyiarkan dalam apa-apa bentuk dan mengikut cara sebagaimana yang difikirkan patut olehnya, apa-apa maklumat berhubung dengan—

(a)

apa-apa tindakan yang diambil oleh Pihak Berkuasa

Pengawalseliaan dan Penyeliaan termasuk—

(i)

tindakan penyeliaan; dan

(ii)

tindakan penguatkuasaan di bawah Akta ini termasuk prosiding jenayah, pengkompaunan, tindakan penguatkuasaan sivil dan tindakan pentadbiran;

dan

(b)

keputusan tindakan yang disebut dalam perenggan (a)

termasuk keputusan apa-apa prosiding, penyelesaian dalam atau luar mahkamah berhubung dengan apa-apa kemungkiran atau pelanggaran peruntukan Akta ini.

Kredit Pengguna 131

Report