Akta Kredit Pengguna 2025 · Updated to 31 Dec 2025 · Bahagian X · Peruntukan Am
134. Perkara yang dilakukan dalam menjangkakan pembuatan Akta ini, dsb
Feedback & support(1)
Segala perkara yang dilakukan oleh mana-mana orang sebagai persediaan dan ke arah pelaksanaan atau pentadbiran
Akta ini, dan apa-apa perbelanjaan yang ditanggung berhubung dengannya, dalam menjangkakan pembuatan Akta ini hendaklah disifatkan telah dibenarkan oleh, dan di bawah Akta ini termasuk di bawah seksyen ini.
(2)
Segala hak yang diperoleh atau obligasi yang ditanggung daripada apa-apa jua yang dilakukan sedemikian di bawah seksyen ini hendaklah pada tarikh yang ditetapkan di bawah subseksyen 1(2) disifatkan sebagai hak dan obligasi Suruhanjaya atau suatu Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan, mengikut mana-mana yang berkenaan di bawah Akta ini.