Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2025Read it in English

Bahagian X · Peruntukan Am

133. Maklumat rahsia

Feedback & support
(1)

Tiada seorang pun pemberi kredit atau pemberi perkhidmatan kredit, atau mana-mana pengarahnya, pekongsinya, pegawainya atau juruauditnya boleh mendedahkan dokumen atau maklumat berikut, secara sepenuhnya atau sebahagiannya, kepada mana-mana orang, kecuali dibenarkan secara bertulis oleh suatu

Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu:

(a)

apa-apa perkadaran yang diberikan oleh Pihak Berkuasa

Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu;

(b)

apa-apa penilaian penyeliaan yang dibuat oleh Pihak

Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu; atau

(c)

apa-apa dokumen atau maklumat yang ditentukan oleh

Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu.

Kredit Pengguna 137

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya.

Report