Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XI · Pertikaian Tentang Harta Tak Alih
100. Kuasa untuk menahan perkara yang dipertikaikan
Feedback & supportJika Majistret memutuskan bahawa tiada suatu pun daripada pihak-pihak itu pada masa itu mempunyai milikan sebenar atau tidak dapat memuaskan hatinya tentang yang mana satu daripada pihak-pihak itu pada masa itu dalam milikan sebenar ke atas perkara yang dipertikaikan itu, Majistret itu boleh menahan perkara itu sehingga suatu Mahkamah Sivil yang berwibawa menentukan hak pihak-pihak dalam kes itu atau orang yang berhak memilikinya.