Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XI · Pertikaian Tentang Harta Tak Alih
101. Pertikaian berkenaan dengan hak ke atas tanah atau air
Feedback & supportApabila seseorang Majistret Kelas Pertama berpuas hati seperti yang disebut terdahulu bahawa suatu pertikaian mungkin menyebabkan pecah keamanan wujud berkenaan dengan hak untuk melakukan atau mencegah pelakuan apa-apa jua di dalam atau di atas mana-mana tanah atau air yang terletak di dalam had tempatan bidang kuasanya, dia boleh menyiasat perkara itu dan boleh, jika didapati olehnya bahawa hak itu wujud, membuat suatu perintah yang membenarkan perkara itu dilakukan atau yang mengarahkan supaya perkara itu tidak dilakukan, mengikut mana-mana yang berkenaan, sehingga orang yang membantah perkara itu dilakukan atau yang menuntut bahawa perkara itu boleh dilakukan mendapatkan keputusan
Mahkamah Sivil yang berwibawa yang menghukumnya sebagai berhak untuk mencegah pelakuan atau melakukan perkara itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Tiada perintah boleh dibuat di bawah seksyen ini yang membenarkan pelakuan apa-apa jua jika hak untuk melakukan perkara itu boleh dijalankan pada sepanjang masa dalam tahun itu melainkan jika hak itu telah dijalankan dalam masa tiga bulan sebaik sebelum
Kanun Tatacara Jenayah 91
siasatan itu dimulakan atau, jika hak itu boleh dijalankan pada musim yang tertentu sahaja, melainkan jika hak itu telah dijalankan dalam musim sebaik sebelum siasatan itu dimulakan.