Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XV · Aduan Kepada Majistret
134. Penundaan pengeluaran proses
Feedback & supportJika Majistret itu ada sebab untuk meragui kebenaran sesuatu aduan mengenai sesuatu kesalahan yang dia diberi kuasa untuk mengambil kognisans dia boleh, apabila pengadu itu telah diperiksa, merekodkan sebab dia meragui kebenaran aduan itu dan boleh kemudiannya menundakan pengeluaran proses bagi memaksa kehadiran orang yang diadukan itu dan sama ada menyiasat kes itu sendiri atau mengarahkan seseorang pegawai polis untuk membuat siasatan bagi maksud menentukan kebenaran atau kepalsuan aduan itu dan melaporkan hasil siasatan itu kepadanya dan kepada Pendakwa
Raya.
Jika Majistret itu memutuskan untuk menyiasat sendiri kes itu mengikut subseksyen (1), Majistret itu hendaklah menyampaikan kepada Pendakwa Raya suatu notis secara bertulis sekurang-
118
Undang-Undang Malaysia kurangnya tujuh hari genap sebelum tarikh siasatan itu dan Pendakwa
Raya boleh hadir dan membantu Majistret dalam siasatan itu.