Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XV · Aduan Kepada Majistret
135. Penolakan aduan
Feedback & support(1)
Majistret yang di hadapannya suatu aduan dibuat boleh menolak aduan itu jika selepas memeriksa pengadu itu dan merekodkan pemeriksaannya dan menimbangkan keputusan siasatan, jika ada, yang dibuat di bawah seksyen 134, pada hematnya tiada alasan yang mencukupi untuk meneruskan tindakan.
(2)
Majistret itu hendaklah, jika dia menolak aduan itu merekodkan sebab dia berbuat demikian.
(3)
Walau apa pun subseksyen (1) dan (2), Pendakwa Raya boleh, jika difikirkannya patut, memberitahu Majistret itu bahawa tiada pendakwaan boleh diteruskan berkenaan dengan kesalahan yang diadukan itu, dan sesudah itu Majistret itu hendaklah menolak aduan itu.