Apabila tertuduh dipanggil untuk membuat pembelaannya, dia atau peguam belanya boleh selepas itu membuka kesnya dengan menyatakan fakta atau undang-undang yang diniatkan untuk disandarkan olehnya dan membuat apa-apa ulasan sebagaimana yang difikirkannya perlu tentang keterangan pihak pendakwaan itu. Dia boleh, selepas itu memeriksa saksinya, jika ada, dan selepas mereka diperiksa balas dan diperiksa semula, jika ada, boleh menggulung kesnya:
Dengan syarat sentiasa bahawa jika mana-mana orang tertuduh memilih untuk dipanggil sebagai saksi, keterangannya hendaklah diambil sebelum keterangan saksi lain pihak pembelaan:
Dengan syarat juga bahawa mana-mana orang tertuduh yang memilih untuk dipanggil sebagai saksi boleh diperiksa balas bagi pihak mana-mana orang tertuduh yang lain.
156
Undang-Undang Malaysia
Tertuduh hendaklah dibenarkan untuk memeriksa mana-mana saksi yang tidak dinamakan olehnya terdahulu di bawah peruntukan
Kanun ini jika saksi itu hadir.