(1)
Sebelum Mahkamah menjatuhkan hukuman mengikut undang-undang di bawah seksyen 183, Mahkamah hendaklah, atas permintaan mangsa kesalahan itu atau keluarga mangsa itu,
Kanun Tatacara Jenayah 157
memanggil mangsa atau anggota keluarga mangsa itu untuk membuat suatu pernyataan mengenai impak kesalahan itu terhadap mangsa itu atau keluarganya.
(2)
Jika mangsa atau anggota keluarga mangsa itu kerana apa-apa sebab tidak dapat menghadiri prosiding selepas dipanggil oleh
Mahkamah di bawah subseksyen (1), Mahkamah boleh menurut budi bicaranya menerima suatu pernyataan bertulis mangsa itu atau anggota keluarga mangsa itu.