Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XXXI · Penyemakan
325. Kuasa Hakim semasa penyemakan
Feedback & support(1)
Seseorang Hakim boleh, dalam apa-apa kes yang rekod prosidingnya telah diminta olehnya sendiri atau yang selainnya sampai kepada pengetahuannya, menurut budi bicaranya menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan oleh seksyen 311, 315, 316 dan 317 Kanun ini.
(2)
Tiada perintah di bawah seksyen ini boleh dibuat dengan menjejaskan tertuduh melainkan jika dia telah mendapat peluang untuk didengar bagi membela dirinya, sama ada sendiri atau melalui peguam belanya.
(3)
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan memberi kuasa kepada seseorang Hakim untuk menukarkan suatu dapatan pembebasan menjadi suatu dapatan sabitan.