Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XXXI · Penyemakan
326. Kebenaran bagi pihak-pihak untuk hadir
Feedback & supportTiada pihak mempunyai apa-apa hak untuk didengar, sama ada sendiri atau melalui peguam bela, di hadapan seseorang Hakim apabila
Hakim itu menjalankan kuasa penyemakannya:
Dengan syarat bahawa Hakim itu boleh, jika difikirkannya patut, apabila menjalankan kuasa itu mendengar mana-mana pihak, sama ada sendiri atau melalui peguam bela, dan bahawa tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan menyentuh subseksyen 325(2).