Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XXXVI · Arahan bagi Sifat Sesuatu Habeas Corpus
368. Salinan waran
Feedback & supportApabila sesuatu permohonan dibuat di bawah seksyen 366 untuk membawa ke hadapan Mahkamah seseorang yang berada dalam jagaan menurut suatu waran untuk menahan orang itu, suatu salinan waran yang menurutnya orang itu ditahan, yang diperoleh daripada dan disahkan oleh tandatangan orang yang dalam jagaannya pemohon itu berada, hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah, atau hendaklah ditunjukkan dengan afidavit bahawa salinan waran itu telah diminta tetapi telah ditolak.