Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XXXVI · Arahan bagi Sifat Sesuatu Habeas Corpus
372. Kehadiran banduan dalam kes jenayah
Feedback & supportApabila kehadiran mana-mana orang yang ditahan di dalam sesuatu penjara yang terletak di Malaysia dikehendaki di mana-mana
Mahkamah jenayah, Mahkamah itu boleh mengeluarkan suatu waran yang ditujukan kepada pegawai yang menjaga penjara itu yang menghendaki supaya orang itu dibawa ke hadapan Mahkamah itu dengan jagaan yang sepatutnya pada masa dan di tempat yang hendaklah dinyatakan dalam waran itu.
Pegawai yang menjaga penjara itu hendaklah menyebabkan orang yang dinamakan dalam waran itu dibawa sebagaimana yang diarahkan dan hendaklah menyediakan jagaan selamat bagi orang itu semasa ketiadaannya di penjara.
Tiap-tiap Mahkamah sedemikian boleh, melalui endorsan pada waran itu, menghendaki supaya orang yang dinamakan dalam waran itu dibawa ke hadapannya pada bila-bila masa yang sehingga masa itu
232
Undang-Undang Malaysia perkara yang berkenaan dengannya orang itu dikehendaki hadir ditangguhkan.
Tiap-tiap waran hendaklah dimeteraikan dengan meterai
Mahkamah itu dan ditandatangani oleh Pendaftar atau Majistret, mengikut mana-mana yang berkenaan.