Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XLII · Pemindahan Kes Jenayah
418. Section 418
Feedback & supportTiap-tiap permohonan bagi menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 417 hendaklah dibuat melalui usul yang hendaklah, kecuali apabila pemohon itu ialah Pendakwa Raya, disokong dengan afidavit.
Tiap-tiap permohonan sedemikian hendaklah dibuat sebelum siasatan mengenai atau perbicaraan bagi kesalahan itu ditutup.
Apabila seseorang tertuduh membuat suatu permohonan di bawah seksyen ini, seseorang Hakim boleh, jika difikirkannya patut, mengarahkan orang tertuduh itu supaya menyempurnakan suatu bon, dengan atau tanpa penjamin, dengan syarat bahawa dia akan, jika disabitkan, membayar perbelanjaan pendakwaan itu.
Tiap-tiap orang tertuduh yang membuat apa-apa permohonan sedemikian hendaklah memberi Pendakwa Raya notis secara bertulis mengenai permohonan itu, bersama dengan suatu salinan alasan yang berdasarkannya permohonan itu dibuat, dan tiada perintah boleh dibuat berdasarkan merit permohonan itu melainkan jika sekurang-kurangnya dua puluh empat jam telah berlalu antara pemberian notis itu dengan pendengaran permohonan itu.