Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XLII · Pemindahan Kes Jenayah
418A. Perbicaraan oleh Mahkamah Tinggi atas perakuan oleh Pendakwa Raya
Feedback & supportWalau apa pun seksyen 417 dan tertakluk pada seksyen 418B, Pendakwa Raya boleh dalam mana-mana kes tertentu yang boleh dibicarakan oleh suatu Mahkamah jenayah yang rendah daripada
Mahkamah Tinggi mengeluarkan suatu perakuan yang menyatakan
Mahkamah Tinggi yang prosiding itu dikehendaki dimulakan atau dipindahkan dan yang menghendaki supaya orang tertuduh itu hadir atau dibawa ke hadapan Mahkamah Tinggi itu.
Kuasa Pendakwa Raya di bawah subseksyen (1) hendaklah dijalankan olehnya sendiri.
270
Undang-Undang Malaysia
Perakuan Pendakwa Raya yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah rendah yang di hadapannya kes itu boleh dibicarakan yang selepas itu
Mahkamah hendaklah memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi yang dinyatakan dalam perakuan itu dan menyebabkan orang tertuduh itu hadir atau dibawa ke hadapan Mahkamah itu secepat yang dapat dilaksanakan.
Apabila orang tertuduh itu hadir atau dibawa ke hadapan
Mahkamah Tinggi mengikut subseksyen (3), Mahkamah Tinggi itu hendaklah menetapkan suatu tarikh bagi perbicaraannya yang hendaklah diadakan mengikut tatacara di bawah Bab XX.