Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab VIII · Perhimpunan yang Menyalahi Undang-Undang
84. Section 84
Feedback & supportJika mana-mana perhimpunan yang menyalahi undang-undang diperintahkan untuk bersurai di bawah seksyen 83 atau di bawah seksyen 5 Akta Ketenteraman Awam (Pemeliharaan) 1958 [Akta 296], dan tidak bersurai, atau jika, tanpa diperintahkan supaya bersurai, perhimpunan itu dijalankan dengan cara sedemikian yang menunjukkan keazaman untuk tidak bersurai, mana-mana pegawai polis, mana-mana anggota angkatan tentera atau mana-mana orang lain yang bertindak membantu seseorang pegawai polis atau anggota angkatan tentera boleh melakukan segala benda yang perlu bagi menyuraikan orang yang terus berhimpun sedemikian dan bagi memberkas mereka atau mana-mana daripada mereka dan, jika mana-mana orang memberikan tentangan, boleh menggunakan apa-apa kekerasan yang semunasabahnya perlu bagi mengatasi tentangan dan tidak boleh dikenakan apa-apa prosiding jenayah atau sivil kerana, dengan penggunaan kekerasan sedemikian, telah menyebabkan kemudaratan atau kematian kepada mana-mana orang atau kerosakan kepada apa-apa harta.
85-87. (Dipotong oleh Akta A324).