Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab VIII · Perhimpunan yang Menyalahi Undang-Undang
88. Perlindungan daripada pendakwaan
Feedback & supportTiada pendakwaan boleh dimulakan di mana-mana Mahkamah terhadap mana-mana Majistret, pegawai polis atau anggota angkatan tentera bagi apa-apa perbuatan yang berupa sebagai dilakukan di bawah Bab ini kecuali dengan sanksi secara bertulis Pendakwa Raya sendiri atau, di Sabah atau Sarawak, Pengarah Pendakwa Raya.
82
Undang-Undang Malaysia
Jika pendakwaan disanksi seperti yang disebut terdahulu bagi sesuatu perbuatan yang berupa sebagai dilakukan di bawah Bab ini, tiada Majistret, pegawai polis, anggota angkatan tentera atau orang yang bertindak membantu seseorang pegawai polis atau anggota angkatan tentera boleh disifatkan telah dengan demikian itu melakukan suatu kesalahan jika Mahkamah berpuas hati bahawa perbuatan itu telah dilakukan dengan suci hati atau, jika perbuatan itu telah dilakukan oleh seorang anggota angkatan tentera, bahawa perbuatan itu telah dilakukan bagi mematuhi suatu perintah yang di bawah undang-undang angkatan tentera laut, darat atau udara dia terikat untuk mematuhinya.