Skip to content
In forceUpdated to 26 Jun 2018Read it in English

Bahagian VIII · Pelbagai

79. Tempoh perkhidmatan

Feedback & support
(1)

Seseorang doktor pergigian yang mula berkhidmat dalam suatu jawatan menurut notis bertulis yang dikeluarkan di bawah seksyen 78, hendaklah terus berkhidmat dalam jawatan itu atau dalam apa-apa jawatan lain yang kemudian sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah selama suatu jumlah tempoh terus-menerus yang ditetapkan.

(2)

Mana-mana doktor pergigian yang tidak mematuhi subseksyen (1) hendaklah disampaikan kepadanya notis tunjuk sebab oleh Yang Dipertua.

(3)

Mana-mana doktor pergigian yang disampaikan kepadanya suatu notis tunjuk sebab di bawah subseksyen (2) hendaklah menjawab notis tunjuk sebab itu dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh penerimaan notis itu.

(4)

Jika Yang Dipertua menerima penjelasan dalam jawapan notis tunjuk sebab, dia hendaklah memutuskan tindakan yang perlu diambil ke atas doktor pergigian itu.

(5)

Jika Yang Dipertua menolak penjelasan dalam jawapan notis tunjuk sebab, dia hendaklah mengarahkan Pendaftar Pergigian untuk memotong nama doktor pergigian itu daripada Daftar Pergigian.

(6)

Jika mana-mana doktor pergigian tidak menjawab notis tunjuk sebab yang disampaikan di bawah subseksyen (2) dalam masa yang dinyatakan, Yang Dipertua hendaklah mengarahkan

Pendaftar Pergigian untuk memotong nama doktor pergigian itu daripada Daftar Pergigian.

(7)

Mana-mana doktor pergigian yang namanya telah dipotong daripada Daftar Pergigian di bawah subseksyen (5) atau (6)

boleh merayu secara bertulis kepada Menteri dan hendaklah, jika rayuannya dibenarkan, dimasukkan semula namanya ke dalam

Daftar Pergigian.

Undang-Undang Malaysia 68

(8)

Keputusan Menteri di bawah subseksyen (7) boleh dibuat tertakluk kepada terma dan syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri.

Report

Bahagian IX

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules