Skip to content
In forceUpdated to 26 Jun 2018Read it in English

Bahagian VIII · Pelbagai

80. Kuasa Menteri

Feedback & support
(1)

Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam

Warta, memberikan pengurangan sebagaimana yang difikirkan sesuai olehnya atau pengecualian penuh daripada tempoh perkhidmatan—

(a)

berkenaan dengan mana-mana orang tertentu;

(b)

secara am, berkenaan dengan mana-mana golongan orang bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang boleh dinyatakannya; atau

(c)

secara am, berkenaan dengan semua orang bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang boleh dinyatakannya.

(2)

Menteri boleh, apabila permohonan dibuat kepadanya oleh mana-mana orang yang kena menjalani tempoh perkhidmatan di bawah seksyen 79, memberi orang itu penangguhan daripada memulakan atau menghabiskan perkhidmatan itu, selama apa-apa tempoh sebagaimana yang difikirkan sesuai olehnya.

(3)

Keputusan Menteri di bawah subseksyen (2) adalah muktamad.

Report

Bahagian IX

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules