Skip to content
In forceUpdated to 26 Jun 2018Read it in English

Bahagian VIII · Pelbagai

90. Perwakilan fungsi dan kuasa

Feedback & support
(1)

Majlis boleh, secara bertulis, mewakilkan apa-apa fungsi dan kuasanya, kecuali kuasa untuk membuat perundangan subsidiari, kepada—

(a)

anggota Majlis;

(b)

Setiausaha Majlis; atau

(c)

jawatankuasa Majlis.

(2)

Mana-mana orang dan Jawatankuasa yang diwakilkan dengan fungsi dan kuasa sedemikian hendaklah terikat untuk mematuhi dan mengambil kira semua syarat dan sekatan yang dikenakan oleh Majlis dan semua kehendak, tatacara dan perkara yang dinyatakan oleh Majlis.

(3)

Mana-mana fungsi dan kuasa yang diwakilkan di bawah seksyen ini hendaklah dilaksanakan dan dijalankan atas nama dan bagi pihak Majlis.

(4)

Pewakilan di bawah seksyen ini tidaklah menghalang Majlis daripada melaksanakan atau menjalankan sendiri pada bila-bila masa mana-mana fungsi dan kuasa yang diwakilkan itu.

Pergigian 73

Report

Bahagian IX

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules