Akta Pergigian 2018 · Updated to 26 Jun 2018 · Bahagian VIII · Pelbagai
87. Liabiliti Kerajaan bagi kesalahan tort
Feedback & supportSeseorang pengamal pergigian yang diberi kuasa yang disebut dalam seksyen 86 yang, atas permintaan atau dengan persetujuan Kerajaan, menjalankan apa-apa siasatan, pemeriksaan, rawatan atau pengendalian ke atas mana-mana pesakit atau melakukan siasatan autopsi atau bedah siasat ke atas mana-mana orang yang telah mati di mana-mana hospital, klinik atau pusat kesihatan Kerajaan atau di mana-mana institusi Kerajaan yang sama hendaklah disifatkan sebagai pegawai awam bagi maksud seksyen 5 Akta Prosiding Kerajaan 1956 [Akta 359].
Walau apa pun subseksyen 6(4) Akta Prosiding Kerajaan 1956, prosiding boleh dimulakan terhadap Kerajaan berkenaan dengan apa-apa perbuatan, kecuaian atau keingkaran oleh pengamal pergigian yang dibuat atau dilakukan semasa atau berhubung dengan siasatan, pemeriksaan, rawatan, pengendalian, siasatan autopsi atau bedah siasat di bawah subseksyen (1).
Pergigian 71