Akta Pergigian 2018 · Updated to 26 Jun 2018 · Bahagian VIII · Pelbagai
92. Peraturan-peraturan
Feedback & supportMajlis boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan yang perlu atau suai manfaat bagi memberikan kuat kuasa sepenuhnya atau bagi melaksanakan peruntukan Akta ini dengan lebih baik.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan itu boleh menetapkan—
bentuk dan kandungan Daftar Pergigian, Daftar Juruterapi
Pergigian, Daftar Bersyarat, Daftar Perakuan Pengamalan
Sementara Pergigian dan Daftar Perakuan Pengamalan
Sementara Juruterapi Pergigian;
amaun fi dan caj berkenaan dengan apa-apa perkara di bawah Akta ini;
bentuk apa-apa perakuan yang dikehendaki bagi menjalankan maksud Akta ini;
tatacara bagi pemilihan anggota Majlis atau Lembaga;
tatacara bagi penerimaan aduan atau maklumat berhubung dengan apa-apa perkara tatatertib yang boleh disiasat oleh Majlis;
tatacara bagi penubuhan Jawatankuasa Penyiasatan
Permulaan untuk membuat siasatan permulaan terhadap aduan atau maklumat yang menyentuh tentang apa-apa perkara tatatertib yang boleh disiasat oleh Majlis;
tatacara bagi penerimaan aduan atau maklumat berhubung dengan apa-apa perkara tatatertib yang boleh disiasat oleh Lembaga;
Undang-Undang Malaysia 74
tatacara bagi penubuhan Jawatankuasa Tatatertib untuk membuat siasatan permulaan terhadap aduan atau maklumat yang menyentuh tentang apa-apa perkara tatatertib yang boleh disiasat oleh Lembaga;
tatacara bagi penubuhan Jawatankuasa Kelayakan Pergigian bagi maksud penilaian permohonan bagi Peperiksaan
Kelayakan Profesional dan menjalankan Peperiksaan
Kelayakan Profesional bagi pengamal pergigian;
tatacara bagi penubuhan Jawatankuasa Penilaian Pakar
Pergigian bagi maksud penilaian permohonan bagi pendaftaran sebagai pakar pergigian; dan
apa-apa perkara lain yang dikehendaki untuk ditetapkan di bawah Akta ini.
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh menetapkan apa-apa perbuatan yang melanggar peraturan-peraturan sebagai suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti denda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan itu.