Skip to content
In forceUpdated to 26 Jun 2018Read it in English

Bahagian VIII · Pelbagai

86. Pengamal pergigian yang diberi kuasa disifatkan sebagai pegawai pergigian Kerajaan

Feedback & support
(1)

Ketua Pengarah boleh memberi kuasa secara bertulis, mana-mana pengamal pergigian yang didaftarkan di bawah Akta ini dan yang tidak berkhidmat dalam sektor awam untuk menjalankan mana-mana fungsi yang berikut di mana-mana hospital, klinik atau pusat kesihatan atau di mana-mana institusi sama yang lain:

(a)

untuk menjalankan siasatan, pemeriksaan, rawatan atau pengendalian mana-mana pesakit; atau

(b)

untuk melakukan siasatan autopsi atau bedah siasat ke atas mana-mana orang yang telah mati.

(2)

Seorang pengamal pergigian yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah disifatkan sebagai pegawai pergigian

Kerajaan bagi maksud Kanun Tatacara Jenayah dan undang-undang lain yang terpakai di Malaysia semasa dia menjalankan fungsi itu.

Report

Bahagian IX

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules