Akta Pergigian 2018 · Updated to 26 Jun 2018 · Bahagian VIII · Pelbagai
88. Pengamal undang-undang
Feedback & supportMajlis boleh melantik pengamal undang-undang yang mempunyai fungsi yang berikut:
(a)
untuk membantu Majlis, Lembaga atau mana-mana jawatankuasanya semasa apa-apa siasatan yang berhubungan dengan perkara tatatertib;
(b)
untuk memulakan dan menjalankan apa-apa prosiding sivil bagi pihak Majlis atau Lembaga; dan
(c)
untuk membantu Majlis, Lembaga atau mana-mana jawatankuasanya dalam apa-apa perkara yang berhubungan dengan Akta ini atau perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini.
Pengkompaunan kesalahan