Skip to content
In forceUpdated to 26 Jun 2018Read it in English

Bahagian VIII · Pelbagai

89. Section 89

Feedback & support
(1)

Menteri boleh, atas syor Majlis, dengan kelulusan

Pendakwa Raya, membuat peraturan-peraturan bagi menetapkan—

(a)

mana-mana kesalahan di bawah Akta ini dan mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah

Akta ini yang boleh dikompaun;

(b)

kriteria bagi mengkompaun kesalahan; dan

(c)

kaedah dan tatacara bagi mengkompaun kesalahan.

(2)

Pegawai diberi kuasa boleh, dengan keizinan bertulis

Pendakwa Raya, mengkompaun apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini dan apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini dan yang ditetapkan sebagai suatu kesalahan boleh dikompaun dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki telah melakukan kesalahan untuk mengkompaun kesalahan apabila dibayar kepada pegawai diberi kuasa suatu amaun yang tidak melebihi lima puluh peratus amaun denda maksimum bagi kesalahan itu dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu.

(3)

Suatu tawaran di bawah subseksyen (2) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan.

Undang-Undang Malaysia 72

(4)

Jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa masa lanjutan yang diberikan oleh pegawai diberi kuasa, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.

(5)

Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah seksyen ini—

(a)

tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat; dan

(b)

apa-apa barangan yang disita berkaitan dengan kesalahan, boleh dilepaskan dengan serta-merta tertakluk kepada terma dan syarat yang boleh dikenakan.

Report

Bahagian IX

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules