Akta Pergigian 2018 · Updated to 26 Jun 2018 · Bahagian VIII · Pelbagai
85. Maklumat yang dikehendaki
Feedback & supportMajlis dan Lembaga boleh meminta apa-apa maklumat yang dikehendaki olehnya supaya diberikan oleh mana-mana pengamal yang namanya berada dalam Daftar Pergigian atau Daftar Juruterapi
Pergigian dan pengamal itu hendaklah memberikan maklumat itu dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh dia dikehendaki untuk berbuat demikian.
Jika terdapat apa-apa perubahan pada maklumat yang diberikan kepada Majlis atau Lembaga, pengamal hendaklah memberitahu Majlis atau Lembaga, mengikut mana-mana yang berkenaan, akan perubahan itu dalam tempoh tiga bulan daripada berlakunya perubahan itu.
Undang-Undang Malaysia 70
Mana-mana pengamal yang tidak mematuhi seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit.