Akta Yayasan Labuan 2010 · Updated to 23 Apr 2025 · Bahagian VI · Keupayaan Yayasan Labuan
51. Pengesahan perbuatan yang dilakukan melampaui keupayaan
Feedback & supportSeseorang anggota majlis atau benefisiari suatu yayasan
Labuan, boleh membawa prosiding untuk menghalang pelakuan apa-apa perbuatan yang jika tidak kerana seksyen 50 adalah melampaui keupayaan yayasan Labuan itu, kecuali tiada prosiding sedemikian boleh dibawa berkenaan dengan sesuatu perbuatan yang dilakukan sebagai memenuhi obligasi undang-undang yang berbangkit daripada perbuatan terdahulu yayasan Labuan itu.
Menjadi kewajipan pegawai suatu yayasan Labuan untuk mematuhi apa-apa had terhadap kuasa mereka yang berbangkit daripada dokumen konstituen dan apa-apa perbuatan oleh pegawai-pegawai itu yang melampaui kuasa yang diperuntukkan sedemikian boleh disahkan hanya melalui pengesahan yayasan Labuan itu yang dilakukan mengikut cara yang berikut:
jika terdapat majlis atau orang yang menyelia yang lain, dengan ketetapan sebulat suara majlis dan orang yang menyelia yang lain itu; dan
jika tiada majlis atau orang yang menyelia, dengan ketetapan yang ditandatangani oleh semua pegawai yayasan
Labuan pada masa itu.
Sesuatu ketetapan yang mengesahkan perbuatan anggota majlis, orang yang menyelia dan pegawai yang melampaui keupayaan yayasan Labuan itu tidaklah menyentuh apa-apa liabiliti yang ditanggung oleh pegawai-pegawai atau mana-mana orang lain dan relief daripada apa-apa liabiliti sedemikian hendaklah dipersetujui secara berasingan dengan ketetapan majlis dan orang yang menyelia itu.