Akta Yayasan Labuan 2010 · Updated to 23 Apr 2025 · Bahagian VI · Keupayaan Yayasan Labuan
52. Kuasa pegawai mengikat yayasan Labuan
Feedback & supportSesuatu pihak suatu transaksi dengan sesuatu yayasan
Labuan tidak terikat untuk memeriksa sama ada transaksi itu ialah transaksi yang dibenarkan oleh dokumen konstituen yayasan Labuan itu atau mengenai apa-apa had kuasa majlis atau pegawai untuk
Yayasan Labuan 49
mengikat yayasan Labuan itu atau untuk memberi orang lain kuasa untuk berbuat sedemikian.
Subseksyen (1) tidak menyentuh apa-apa hak mana-mana majlis, anggota majlis atau orang yang menyelia, atau pegawai sesuatu yayasan Labuan, mengikut mana-mana yang berkenaan, untuk membawa prosiding untuk menghalang pelakuan perbuatan yang melampaui kuasa pegawai itu.
Subseksyen (1) tidak menyentuh apa-apa liabiliti yang ditanggung oleh pegawai sesuatu yayasan Labuan atau mana-mana orang lain, oleh sebab pelakuan pegawai itu yang melampaui kuasa mereka.