Skip to content
In forceUpdated to 23 Apr 2025Read it in English

Bahagian VI · Keupayaan Yayasan Labuan

53. Penyempurnaan kontrak, dokumen oleh yayasan Labuan

Feedback & support
(1)

Sesuatu yayasan Labuan boleh menyempurnakan apa-apa kontrak, surat ikatan, surat cara atau dokumen lain dengan, jika yayasan itu mempunyai meterai, mengecap meterai itu di hadapan dan dengan disaksikan oleh seorang anggota majlis atau orang yang menyelia, atau pegawai atau penandatangan lain yang diberi kuasa oleh yayasan Labuan itu, atau jika dibenarkan oleh dokumen konstituen, ditandatangani oleh penandatangan yang diberi kuasa itu.

(2)

Mana-mana kontrak yang dibuat mengikut seksyen ini mempunyai kesan di sisi undang-undang, dan hendaklah mengikat sesuatu yayasan Labuan dan semua pihak lain kepada kontrak itu dan boleh diubah atau dibatalkan dengan cara yang kontrak itu dibenarkan dibuat.

(3)

Sesuatu dokumen atau prosiding yang menghendaki pengesahan oleh sesuatu yayasan Labuan boleh ditandatangani oleh seorang pegawai diberi kuasa yayasan Labuan itu dan tidak perlu ditandatangani di bawah meterainya.

(4)

Sesuatu yayasan Labuan boleh, secara bertulis—

(a)

jika yayasan Labuan itu mempunyai meterai, di bawah meterai itu; atau 50 Undang-Undang Malaysia AKTA 706

(b)

dengan ditandatangani oleh penandatangan diberi kuasa yayasan Labuan itu, dengan setiap seorang menandatangani atau di bawah meterai penandatangan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, memberi mana-mana orang kuasa sama ada secara am atau berkenaan dengan apa-apa perkara tertentu sebagai ejen atau wakilnya untuk menyempurnakan surat ikatan, surat cara atau dokumen lain bagi pihaknya dan mana-mana surat ikatan, surat cara atau dokumen lain yang ditandatangani oleh ejen atau wakil itu bagi pihak yayasan

Labuan itu di bawah meterainya atau oleh penandatangan diberi kuasa ejen atau wakil itu, hendaklah mengikat yayasan Labuan itu; dan semua orang yang berurusan dengan suci hati berhak untuk menganggap penyempurnaan sewajarnya dan sepatutnya surat ikatan, surat cara atau dokumen lain itu, dan untuk bertindak dengan sewajarnya.

Report

Bahagian VII

Benefisiari

Bahagian VIII

Pembubaran

Bahagian IX

Peruntukan Am

Schedules