Akta Yayasan Labuan 2010 · Updated to 23 Apr 2025 · Bahagian VI · Keupayaan Yayasan Labuan
58. Pelupusan secara fraud
Feedback & supportJika dibuktikan bahawa sesuatu yayasan Labuan yang ditubuhkan atau didaftarkan di Labuan, atau harta yang dilupuskan kepada yayasan Labuan itu—
ditubuhkan atau didaftarkan atau dilupuskan sedemikian oleh atau bagi pihak pengasas dengan niat utama untuk memfraud pemiutang pengasas itu; dan 56 Undang-Undang Malaysia AKTA 706
telah, pada masa penubuhan atau pendaftaran atau pelupusan itu berlaku, menjadikan pengasas itu tidak solven atau tanpa harta yang dengannya tuntutan pemiutang itu, jika berjaya, akan dapat diselesaikan, maka penubuhan, pendaftaran atau pelupusan itu tidaklah menjadi tidak sah atau boleh batal dan yayasan Labuan itu adalah bertanggungan untuk menjelaskan tuntutan pemiutang itu setakat kepentingan yang pengasas itu ada dalam harta itu sebelum penubuhan, pendaftaran atau pelupusan itu, dan apa-apa pertambahan harta itu, jika ada, selepas itu.
Bagi maksud subseksyen (1), dalam menentukan sama ada sesuatu yayasan Labuan yang ditubuhkan atau didaftarkan atau sesuatu pelupusan telah menjadikan pengasas itu tidak solven atau tanpa harta yang dengannya tuntutan pemiutang itu, jika berjaya, dapat dijelaskan, hendaklah diambil kira nilai pasaran yang berpatutan bagi harta pengasas itu, pada masa sebaik selepas penubuhan, pendaftaran atau pelupusan itu.
Sekiranya nilai pasaran yang berpatutan bagi harta yang disebut dalam subseksyen (2) melebihi nilai tuntutan pemiutang, pada masa selepas penubuhan, pendaftaran atau pelupusan itu, maka yayasan
Labuan yang ditubuhkan atau didaftarkan sedemikian atau pelupusan itu hendaklah bagi maksud Akta ini disifatkan tidak ditubuhkan atau didaftarkan, atau harta itu tidak dilupuskan, dengan niat utama untuk memfraud pemiutang itu.
Sesuatu yayasan Labuan yang ditubuhkan atau didaftarkan di Labuan dan sesuatu pelupusan harta kepada yayasan Labuan itu tidaklah menjadi fraud terhadap seseorang pemiutang seseorang pengasas —
jika penubuhan atau pendaftarannya, atau pelupusan itu, berlaku sebelum kausa tindakan pemiutang terhadap pengasas itu terakru atau berlaku;
jika penubuhan atau pendaftarannya, atau pelupusan itu, berlaku selepas habis tempoh dua tahun dari tarikh kausa tindakan pemiutang itu terakru; atau
Yayasan Labuan 57
jika penubuhan atau pendaftarannya, atau pelupusan itu, berlaku sebelum habis tempoh dua tahun dari tarikh kausa tindakan pemiutang terakru dan pemiutang itu tidak memulakan tindakan sebelum habis tempoh satu tahun dari tarikh penubuhan atau pendaftaran, atau pelupusan itu.
Seseorang pengasas tidak boleh dikaitkan dengan suatu niat untuk memfraud seseorang pemiutang semata-mata oleh sebab—
pengasas itu telah menubuhkan atau mendaftarkan suatu yayasan Labuan atau telah melupuskan harta kepada yayasan Labuan itu dalam tempoh dua tahun dari tarikh kausa tindakan pemiutang itu terakru; atau
pengasas itu ialah seorang benefisiari.
Jika sesuatu yayasan
Labuan bertanggungan untuk menyelesaikan tuntutan pemiutang mengikut cara yang diperuntukkan dalam subseksyen (1) tetapi tidak dapat berbuat demikian disebabkan oleh hakikat bahawa harta itu telah dilupuskan, selain kepada seorang pembeli bona fide dengan nilai, maka apa-apa pelupusan sedemikian adalah tidak sah.
Bagi maksud seksyen ini, tarikh kausa tindakan terakru ialah—
tarikh perbuatan atau peninggalan yang boleh digunakan untuk membuktikan kausa tindakan sama ada sebahagiannya atau keseluruhannya; dan jika terdapat lebih daripada satu perbuatan atau jika peninggalan itu ialah peninggalan yang berterusan, tarikh perbuatan yang pertama atau tarikh peninggalan itu mula berlaku, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan
dalam hal sesuatu tindakan atas suatu penghakiman, tarikh perbuatan atau peninggalan itu, atau jika terdapat lebih daripada satu perbuatan atau peninggalan itu ialah peninggalan yang berterusan, tarikh perbuatan yang pertama atau tarikh peninggalan itu mula berlaku, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang menyebabkan timbulnya penghakiman itu.
58 Undang-Undang Malaysia AKTA 706
Dalam seksyen ini, istilah “pemiutang” termasuk mana-mana orang yang membuat penyataan adanya suatu kausa tindakan.