Akta Yayasan Labuan 2010 · Updated to 23 Apr 2025 · Bahagian VI · Keupayaan Yayasan Labuan
55. Liabiliti anggota majlis, orang yang menyelia, pegawai dan setiausaha
Feedback & supportTiada anggota majlis, orang yang menyelia, pegawai atau setiausaha sesuatu yayasan Labuan bertanggungjawab secara peribadi bagi apa-apa liabiliti sesuatu yayasan Labuan melainkan jika liabiliti
Yayasan Labuan 53
itu telah dilakukan akibat daripada kecuaian melampau, keingkaran atau salah laku sengaja, fraud atau kecurangan anggota majlis, orang yang menyelia, pegawai atau setiausaha itu.
Tertakluk pada seksyen 56, mana-mana peruntukan yang terkandung dalam dokumen konstituen atau dalam mana-mana kontrak dengan yayasan Labuan itu atau selainnya, yang mengecualikan mana-mana anggota majlis, orang yang menyelia, pegawai atau setiausaha yayasan Labuan itu atau menanggung ruginya terhadap, apa-apa liabiliti yang menurut kuasa mana-mana rukun undang-undang akan, jika tidak kerana itu, berhubung kait dengannya berkenaan dengan apa-apa kecuaian, keingkaran, salah laku atau pelanggaran kewajipan yang dia bertanggungan baginya berhubung dengan yayasan Labuan itu, adalah terbatal.