Akta Yayasan Labuan 2010 · Updated to 23 Apr 2025 · Bahagian VI · Keupayaan Yayasan Labuan
59. Akaun hendaklah disimpan
Feedback & supportSesuatu yayasan Labuan hendaklah menyebabkan disimpan rekod perakaunan dan rekod lain yang sepatutnya yang akan menjelaskan dengan secukupnya transaksi dan kedudukan kewangan yayasan Labuan itu.
Tiap-tiap yayasan Labuan dan pegawai yayasan Labuan itu hendaklah menyebabkan catatan yang sepatutnya dibuat dalam rekod perakaunan dan rekod lain yayasan Labuan itu dalam tempoh enam puluh hari dari selesainya transaksi yang berkenaan dengannya rekod itu berkaitan.
Rekod perakaunan dan rekod lain sesuatu yayasan Labuan hendaklah disimpan di pejabat berdaftar yayasan Labuan itu atau di mana-mana tempat lain di Labuan sebagaimana yang difikirkan patut oleh pegawai dan hendaklah pada setiap masa boleh didapati untuk diperiksa oleh anggota majlis, orang yang menyelia, pegawai, dan juruaudit diluluskan, jika seorang juruaudit dilantik.
Seseorang pegawai yayasan Labuan yang tidak mengambil segala langkah yang munasabah untuk memastikan pematuhan oleh yayasan Labuan itu akan kehendak seksyen ini, atau disebabkan perbuatan ingkarnya sendiri menyebabkan apa-apa keingkaran oleh yayasan Labuan itu di bawah seksyen ini, adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Mana-mana pengasas, anggota majlis, orang yang menyelia, pegawai dan setiausaha sesuatu yayasan Labuan berhak diberi, dalam tempoh tujuh hari selepas dia membuat permintaan kepada yayasan
Labuan itu, sesalinan pernyataan kewangan, akaun dan rekod dan laporan juruaudit diluluskan, jika ada, tanpa bayaran dan jika terdapat keingkaran dalam memberikan salinan sedemikian, yayasan Labuan itu dan tiap-tiap pegawai adalah dianggap melakukan suatu kesalahan
Yayasan Labuan 59
dan boleh, apabila disabitkan didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.