Akta Yayasan Labuan 2010 · Updated to 23 Apr 2025 · Bahagian VI · Keupayaan Yayasan Labuan
56. Mahkamah boleh memberi relief
Feedback & supportWalau apa pun apa-apa yang terkandung dalam seksyen 55, sesuatu yayasan Labuan boleh, menurut mana-mana peruntukan sedemikian yang disebut dalam subseksyen 55(2), menanggung rugi mana-mana anggota majlis, orang yang menyelia, pegawai atau setiausaha sedemikian terhadap apa-apa liabiliti yang dilakukan olehnya dalam membuat pembelaan dalam apa-apa prosiding, sama ada sivil atau jenayah, yang dalamnya penghakiman yang memihak kepadanya diberikan atau yang dalamnya dia dibebaskan atau yang berkaitan dengan apa-apa permohonan di bawah subseksyen (2), (3)
dan (4) yang relief diberikan kepadanya oleh Mahkamah.
Jika, dalam apa-apa prosiding bagi kecuaian, keingkaran, salah laku, peninggalan atau pelanggaran kewajipan terhadap seseorang anggota majlis, orang yang menyelia, pegawai atau setiausaha sesuatu yayasan Labuan, didapati oleh Mahkamah bahawa orang itu bertanggungan atau mungkin bertanggungan berkenaan dengan kecuaian, keingkaran, salah laku, peninggalan atau pelanggaran kewajipan, tetapi dia telah bertindak dengan jujur dan munasabah dan menjalankan usaha yang wajar, dan bahawa, setelah mengambil kira segala hal keadaan kes itu, termasuk yang berkaitan dengan pelantikannya, seadilnya dia patut dimaafkan bagi kecuaian, keingkaran, salah laku, peninggalan atau pelanggaran kewajipan itu,
54 Undang-Undang Malaysia AKTA 706
Mahkamah itu boleh melepaskannya, sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya, daripada liabilitinya atas apa-apa terma yang difikirkan patut oleh Mahkamah itu.
Jika seseorang anggota majlis, orang yang menyelia, pegawai atau setiausaha sesuatu yayasan Labuan mempunyai sebab untuk mengkhuatiri bahawa apa-apa tuntutan akan atau mungkin dibuat terhadapnya berkenaan dengan apa-apa kecuaian, keingkaran, salah laku, peninggalan atau pelanggaran kewajipan, dia boleh memohon kepada Mahkamah untuk mendapatkan relief, dan Mahkamah hendaklah, atas mana-mana permohonan sedemikian, mempunyai kuasa untuk memberinya relief berkenaan dengan kecuaian, keingkaran, salah laku, peninggalan atau pelanggaran kewajipan itu.
Jika mana-mana kes yang baginya subseksyen (2) terpakai dibicarakan oleh seseorang hakim, hakim itu selepas mendengar keterangan, boleh, jika dia berpuas hati bahawa anggota majlis, orang yang menyelia, pegawai atau setiausaha itu patut menurut subseksyen itu dilepaskan sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya daripada liabiliti yang hendak dikuatkuasakan terhadapnya, menolak kes itu keseluruhannya atau sebahagiannya dan dengan serta-merta mengarahkan penghakiman yang memihak kepadanya dibuat atas apa-apa terma mengenai kos atau selainnya sebagaimana yang difikirkan patut oleh hakim itu.