Akta Yayasan Labuan 2010 · Updated to 23 Apr 2025 · Bahagian VI · Keupayaan Yayasan Labuan
57. Wang atau harta lain daripada aktiviti yang menyalahi undang-undang
Feedback & supportSesuatu yayasan Labuan tidak boleh menerima—
apa-apa wang atau harta lain yang berpunca daripada suatu transaksi, operasi atau aktiviti lain yang merupakan kesalahan jenayah di bawah undang-undang Malaysia atau yang, jika dijalankan di Malaysia, akan menjadi kesalahan sedemikian; atau
apa-apa wang atau harta lain yang penerimaan, pemunyaan atau kawalannya adalah menjadi atau akan menjadi suatu kesalahan sebagaimana yang disebut dalam perenggan (a).
Yayasan Labuan 55
Menjadi kewajipan anggota majlis, orang yang menyelia, pegawai atau setiausaha sesuatu yayasan Labuan untuk membawa dengan serta-merta kepada pengetahuan Lembaga jika dia—
mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa yayasan
Labuan itu mempunyai harta atau pendapatan yang terakru kepadanya atau yang didapati olehnya dan yang berpunca daripada suatu transaksi, operasi atau aktiviti lain yang merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah undang-undang Malaysia atau yang, jika dijalankan di Malaysia, akan menjadi kesalahan sedemikian; atau
telah menerima atau mempunyai dalam milik atau kawalannya wang atau harta lain yang penerimaan, pemunyaan atau kawalannya adalah menjadi atau akan menjadi suatu kesalahan sebagaimana yang disebut dalam perenggan (a).
Mana-mana anggota majlis, orang yang menyelia, pegawai atau setiausaha sesuatu yayasan Labuan yang tanpa alasan yang munasabah tidak mematuhi kehendak subseksyen (1) atau tidak mematuhi kehendak subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Semua wang atau harta yang diperihalkan dalam subseksyen (1)
dan (2) hendaklah terlucut hak kepada Kerajaan dan menjadi hartanya secara mutlak.