Akta Yayasan Labuan 2010 · Updated to 23 Apr 2025 · Bahagian VI · Keupayaan Yayasan Labuan
61. Tidak boleh berkuatkuasanya tuntutan atau penghakiman luar negara
Feedback & supportSemua persoalan yang berbangkit berkenaan dengan sesuatu yayasan Labuan yang ditubuhkan dan wujud di bawah Akta ini atau berkenaan dengan apa-apa pelupusan harta kepadanya hendaklah ditentukan mengikut Akta ini, tanpa merujuk kepada undang-undang
60 Undang-Undang Malaysia AKTA 706
mana-mana bidang kuasa lain yang dengannya yayasan Labuan itu atau pelupusan itu berkaitan, termasuk persoalan mengenai—
keupayaan pengasasnya;
apa-apa aspek mengenai kesahan yayasan Labuan itu atau pelupusan atau pentafsiran atau kesan yayasan Labuan itu;
pentadbiran yayasan Labuan itu, sama ada pentadbiran itu dijalankan di Labuan atau di tempat lain, termasuk persoalan mengenai kuasa, obligasi, liabiliti dan hak badan yang mengurus tadbir atau orang yang menyelia yayasan
Labuan itu dan pelantikan dan penyingkiran mereka; dan
adanya kuasa dan takat kuasa, yang diberikan atau dikekalkan oleh pengasas, termasuk kuasa untuk mengubah atau membatalkan piagam yayasan Labuan itu dan kesahan apa-apa penjalanan kuasa itu.
Jika sesuatu yayasan Labuan ditubuhkan dengan sah mengikut dokumen konstituennya atau sebagaimana yang diperuntukkan oleh
Akta ini, Mahkamah tidak boleh mengubahnya atau mengetepikannya atau mengiktiraf kesahan apa-apa tuntutan terhadap harta yayasan
Labuan itu menurut undang-undang bidang kuasa yang lain atau perintah Mahkamah daripada suatu bidang kuasa yang lain berkenaan dengan yang berikut:
akibat terhadap diri dan harta daripada suatu perkahwinan atau penamatan perkahwinan;
hak pewarisan, sama ada dengan wasiat atau tidak, termasuk bahagian tetap suami atau isteri atau saudara mara;
apa-apa tuntutan atau perintah Mahkamah berkaitan dengan perkara yang disebut dalam perenggan (a) atau (b)
berkenaan dengan undang-undang diri pengasas atau benefisiari; dan
Yayasan Labuan 61
tuntutan pemiutang dalam hal ketidaksolvenan tertakluk pada peruntukan seksyen ini.