Akta Yayasan Labuan 2010 · Updated to 23 Apr 2025 · Bahagian VI · Keupayaan Yayasan Labuan
54. Penzahiran kepentingan
Feedback & supportTiap-tiap anggota majlis, orang yang menyelia dan pegawai sesuatu yayasan Labuan yang dengan apa-apa cara, sama ada secara langsung atau tidak langsung, mempunyai kepentingan dalam sesuatu kontrak atau kontrak yang dicadangkan dengan yayasan Labuan itu hendaklah, dengan seberapa segera yang boleh dilaksanakan selepas fakta yang berkaitan sampai ke pengetahuannya—
berhubung dengan anggota majlis dan orang yang menyelia—
mengisytiharkan jenis kepentingannya itu di mesyuarat majlis; atau
menyebabkan diedarkan secara bertulis kepada semua anggota majlis yang lain butir-butir mengenai kepentingannya itu; dan
berhubung dengan seseorang pegawai—
Yayasan Labuan 51
mengisytiharkan jenis kepentingannya itu di mesyuarat pegawai; atau
menyebabkan diedarkan secara bertulis kepada semua pegawai yang lain butir-butir mengenai kepentingannya itu.
Subseksyen (1) tidak terpakai dalam hal jika kepentingan anggota majlis, orang yang menyelia atau pegawai sesuatu yayasan
Labuan hanya kerana pegawai itu menjadi ahli atau pemiutang suatu perbadanan atau firma lain yang berkepentingan dalam kontrak atau kontrak yang dicadangkan dengan yayasan Labuan itu, jika kepentingan itu boleh dengan sepatutnya dianggap sebagai bukan kepentingan material.
Pengisytiharan kepentingan oleh seseorang anggota majlis, orang yang menyelia atau pegawai hendaklah dibuat pada masa yang berikut—
dalam hal suatu kontrak yang dicadangkan—
pengisytiharan itu hendaklah dibuat di mesyuarat majlis atau mesyuarat pegawai, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang padanya kontrak yang dicadangkan itu mula-mula sekali dipertimbangkan;
atau
pengisytiharan itu hendaklah dibuat di mesyuarat majlis atau mesyuarat pegawai yang berikutnya, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang diadakan selepas dia menjadi anggota majlis, orang yang menyelia atau pegawai menjadi berkepentingan sedemikian; dan
dalam hal suatu kontrak yang sedia ada, pengisytiharan itu hendaklah dibuat di mesyuarat majlis atau mesyuarat pegawai yang mula-mula sekali, mengikut mana-mana yang berkenaan, diadakan selepas anggota majlis, orangyang menyelia atau pegawai menjadi berkepentingan sedemikian.
52 Undang-Undang Malaysia AKTA 706
Bagi maksud subseksyen (1), suatu notis am disifatkan telah diberikan oleh anggota majlis, orang yang menyelia atau pegawai kepada anggota majlis atau pegawai lain, mengikut mana-mana yang berkenaan, yayasan Labuan yang berkepentingan itu—
apabila notis itu diberikan di mesyuarat majlis atau mesyuarat pegawai, mengikut mana-mana yang berkenaan;
atau
apabila anggota majlis, orang yang menyelia atau pegawai mengambil langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa perkara itu dibangkitkan dan dibaca di mesyuarat majlis atau mesyuarat pegawai yang berikutnya, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Tiap-tiap anggota majlis, orang yang menyelia atau pegawai sesuatu yayasan Labuan yang memegang apa-apa jawatan atau mempunyai apa-apa harta yang kerananya, sama ada secara langsung atau tidak langsung, kewajipan atau kepentingan akan wujud yang bercanggah dengan kewajipan atau kepentingannya sebagai seorang anggota majlis, orang yang menyelia atau pegawai yayasan Labuan itu, hendaklah mengisytiharkan di mesyuarat majlis atau mesyuarat pegawai yayasan Labuan itu atau menyebabkan supaya diedarkan secara bertulis kepada anggota majlis atau pegawai lain hakikat dan jenis, sifat dan takat percanggahan itu.
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh dikira sebagai menjejaskan kuat kuasa mana-mana peruntukan dalam dokumen konstituen sesuatu yayasan Labuan yang menyekat anggota majlis, orang yang menyelia atau pegawai sesuatu yayasan Labuan daripada mempunyai apa-apa kepentingan dalam kontrak dengan yayasan
Labuan itu.