Akta Yayasan Labuan 2010 · Updated to 23 Apr 2025 · Bahagian VI · Keupayaan Yayasan Labuan
60. Audit yayasan Labuan
Feedback & supportJika, atas permohonan kepada Mahkamah oleh pengasas, anggota majlis, orang yang menyelia, pegawai, setiausaha atau benefisiari, Mahkamah berpuas hati bahawa terdapat keterangan prima facie mengenai kegagalan untuk mematuhi dokumen konstituen atau kehendak Akta ini dalam penjalanan sesuatu yayasan Labuan,
Mahkamah boleh memerintahkan supaya dilantik seorang juruaudit diluluskan untuk menjalankan audit terhadap yayasan Labuan itu.
Pelantikan seorang juruaudit diluluskan di bawah subseksyen (1) boleh dijadikan tertakluk pada syarat diserahkan oleh pemohon itu dengan Mahkamah suatu amaun, yang akan ditentukan oleh Mahkamah itu, sebagai jaminan, bagi kos menjalankan audit itu.
Juruaudit diluluskan yang dilantik di bawah seksyen ini hendaklah mengemukakan laporannya kepada Mahkamah dalam apa-apa tempoh masa yang ditentukan oleh Mahkamah.
Mahkamah hendaklah membuat apa-apa perintah mengenai kos sebagaimana yang difikirkannya patut, dengan mengambil kira sama ada atau tidak permohonan itu mempunyai asas yang kukuh, dan jika permohonan itu tidak mempunyai asas yang kukuh, Mahkamah boleh memerintahkan supaya apa-apa kerugian atau kos yang disebabkan kepada yayasan Labuan itu dengan audit itu dibayar oleh pemohon itu.