Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 · Updated to 1 Jul 2025 · Bab 1
17. Permohonan bagi lesen pengendali
Feedback & supportSesuatu permohonan bagi suatu lesen pengendali di bawah
Bab ini hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah Pengangkutan
Awam Darat dalam bentuk dan mengikut cara yang ditentukan oleh
Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dan hendaklah disertai dengan fi permohonan yang ditetapkan.
Pemohon hendaklah memberi Ketua Pengarah Pengangkutan
Awam Darat maklumat yang berikut yang berhubungan dengan permohonan itu:
maklumat lengkap mengenai butiran laluan yang berhubungan dengan permohonan itu dan cadangan kekerapan perkhidmatan yang hendak diadakan;
Pengangkutan Awam Darat 47
suatu surat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan yang berkaitan mengenai penggunaan perhentian atau kemudahan terminal dalam kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan itu di mana terletaknya laluan itu;
suatu laporan justifikasi bagi laluan itu;
kelas dan bilangan maksimum kenderaan perkhidmatan awam daripada kelas itu yang akan dikendalikan oleh pemohon itu;
tambang atau struktur tambang dan surcaj, jika ada, yang dicadangkan untuk dikenakan terhadap penumpang yang membuat perjalanan dengan kenderaan perkhidmatan awam itu; dan
apa-apa maklumat lain yang ditentukan oleh
Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.
Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh enggan untuk mendaftarkan, meneruskan dengan atau mendengar atau memutuskan sesuatu permohonan, dan boleh menghendaki supaya permohonan itu dipinda atau disempurnakan dengan sesuai dan dikemukakan semula atau supaya suatu permohonan yang baharu dikemukakan sebagai gantinya jika—
borang permohonan itu tidak dilengkapkan dengan sewajarnya oleh sebab apa-apa peninggalan atau silap perihalan;
borang permohonan itu mengandungi apa-apa kesilapan atau pengubahan;
pemohon tidak memberikan dokumen atau maklumat yang dikehendaki di bawah subseksyen (2) dalam tempoh masa yang dinyatakan dalam kehendak itu atau apa-apa pelanjutan masa yang diberikan oleh Ketua Pengarah
Pengangkutan Awam Darat; atau 48 Undang-Undang Malaysia AKTA 715
permohonan itu tidak mematuhi apa-apa kehendak lain yang ditetapkan.